Kita dicipta dengan kemahiran

 

Kita dicipta dengan kemahiran

Berbeza, tapi tetap berkesan

Kadang terasa malas, tak mahu senaman

Itu memang biasa tapi jangan biasakan

Kita dicipta dengan kemahuan

Semua kita mahu tapi yang mana diusahakan

Kadang rasa tak sanggup, tak mahu teruskan

Itu memang biasa tapi jangan biasakan

Yang penting kita gembira bila ingin memulakan

Segala yang baik boleh jadi ikutan

Jangan gentar dengan segala rintangan 

Susah senang kita lontarkan senyuman


 
image.jpg

SG Inspirasi

This is Asyraf Chumino. He quit school at the age of 10 to care for his ill mom for 6 years. When his mom got better, he decided to continue his studies. With no PSLE certificate, he had problems joining secondary school. ITE accepted him and in ITE he was awarded Lee Kuan Yew Scholarship and Lee Hsien Loong Special Achievement award. How did he do it?

Watch his story on @selamatpagisg this Sunday (1 Mar 2015),10am, @mediacorp_suria 
‪#‎respect‬ ‪#‎ScreenBox‬ ‪#‎SGinspirasi‬

If you like this story, join the conversation on my page below:

Hari ini letakkanlah handphone kita buat sementara

 

Hari ini letakkanlah handphone kita buat sementara

Dongak dan lihatlah setiap ahli keluarga 

Yang sedang makan menjamu selera

Mungkin ada berita yang mereka bawa

Mungkin ada masalah yang sedang mereka derita

Mungkin juga ada perkembangan yang ingin mereka cerita

Semuanya tidak sempat dikongsi kerana kita kesempitan masa

Tidak bersama mereka, walau duduk semeja

Kita sanggup dekatkan rakan yang berada jauh nun di sana

Rakan yang sentiasa online tidak mengenal masa

Yang tidak tahu kita sedang bersama keluarga

Masa itu singkat belaka

Rugi, masa tidak diluangkan buat keluarga yang di depan mata

Antara rakan dan keluarga, mana yang berhak atas diri kita?

Letakkanlah handphone itu buat sementara

Keluarga itu pertama, rakan tempat kedua

Elak kekesalan

Kesal kerana kerja terlalu kuat sehingga tidak menikmati saat-saat anak meningkat dewasa.

Kesal kerana tidak gembira dengan apa yang kita ada.

Kesal kerana terlalu banyak masa diluangkan mencari kesalahan orang lain diluar sana.

Kesal kerana tidak mencari kebenaran yang tersedia ada.

Kesal kerana ibadah disia-sia. 

Itulah antara 5 kekesalan yang sering manusia semuka.

Jom, elak kesal sebelum ia menjadi kekal lalu tiada gunanya.