Waktu

 

Kadang kita takut membuat keputusan yang baru

Saya dulu juga begitu

Kerana kita tidak pasti kesudahan yang menanti 

Tiada gerenti, tiada waranti semuanya boleh menjadi 

Tetapi setelah sekian lama mencuba

Rupanya kita tidak perlu memburuk sangka

Tentang masa depan yang menanti kita

Semuanya ikut susunan, semuanya ikut aturan 

Sudahkah kita ikut pesanan?

Kenapa belum menjadi... 

Itulah yang selalu tersimpan di hati

Rupanya ada yang perlu dilalui 

Agar kita lebih dewasa nanti

Untuk menerima apa yang bakal diberi 

Hadiah yang paling besar disisi 

Iaitu peluang hidup di dunia walau sehari lagi

Jangan disia-siakan waktu yang sudah dikurniai


Sesi motivasi bersama pelajar menengah Hong Kah

Tiap kali saya diberi peluang bertemu belia, saya rasa ghairah untuk berkongsi. Inilah vlog saya hari ini.  

 

image.jpg

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah

Hari ini kita menyambut Tahun Baru Hijrah
Kita minta maaf dan maafkan yang silap serta salah
Yang sengaja, yang tidak sengaja, yang sudah tu sudah
Tanam semangat mengejar impian tanpa mengaku kalah

Sememangnya sukar untuk kita berpindah
Lebih-lebih lagi bila semuanya nampak mudah
Tetapi nasib kadang menjelma membuat keadaan berubah
Perlu hijrah, perlu pindah, perlu ubah

Nabi (SAW) hijrah bukan kerana takut atau lemah
Tetapi hijrah kerana mengikut perintah Allah

Hari ini panjatkan doa agar rezeki kita mencurah-curah
Sama-sama maju, sama-sama laju, sama-sama menerima falah

*falah - kebahagian, kesejahteraan, kemenangan, keberuntungan (dunia & akhirat)

Montigo Resort Nongsa Review

Kami ke Montigo Resort Nongsa (Batam) pada bulan Mac 2015. Inilah reviu kami.

Ketika bertemu orang lain

 

Bila saya bertemu seseorang yang baru saya kenali, saya lebih cenderung mendengar cerita dan kisah hidup mereka. 

Kerana kisah orang lain itu, kalau diamati, merupakan khabar yang penting bagi kita pada ketika itu. 

Kisah orang lain juga, tidak secara langsung, memberi makna kepada luasnya (atau sempitnya) pandangan kita terhadap kehidupan. 

Pada ketika kita bertemu seseorang di masa hadapan nanti, lebihkan mendengar dan bertanya. Dunia akan menjadi hamparan ilmu yang tiada batasan.

Behind the scenes (EdgeField)

 

Behind-the-scenes. EdgeField Secondary School video production workshop. Thank you EdgeField!


New episode of DITM

Here's a new webisode of Daddy in The Making. A new personal series of mine. :)