Halal-friendly resort

Have been working non-stop since mid-year. Managed to plan for a short holiday to Krabi. Here's a vlog of our arrival.  

image.jpg

Ghairah menanti

Esok pada sebelah petang akan diumumkan samada kami memecahkan rekod dunia bagi lukisan 3D yang terpanjang di dunia. Hari ini saya rasa ghairah serta teruja bahawa semua ini sedang berlaku di depan mata saya.


Walaupun saya akur keputusannya sudah tertulis di Lauh Mahfuz, penantiannya penuh tandatanya.


Apa yang pasti, kami sudah melakukan yang terbaik dan kami juga mengharapkan yang terbaik.


Jangan lupa ke page saya ini esok sekitar petang (in shaa Allah) untuk keputusannya.


Saya akur bila lukisan sedang diukur, semua sebenarnya sudah diatur jadi perasaan tak perlu bercampur hanya tinggal bersyukur.

Hujan di sebalik rekod dunia

Semalam, hujan sangat lebat dan telah menjejas lukisan kami yang dikhususkan untuk memecahkan rekod dunia. Saya memberitahu krew saya bahawa ini adalah barakah dan ia akan menjadikan dokumentari kita menjadi lebih baik. Kita harus sentiasa cuba merasa tenang dengan segala cabaran dan menghayati apa yang sebenarnya sedang berlaku.

 

Tiada yang berlaku tanpa izinNya dan Allah sentiasa ingin memberikan kita yang Terbaik walaupun, pada zahirnya, ia kelihatan bertentangan dengan apa yang kita inginkan. In shaa Allah.

 

image.jpg

Anak muda 11 tahun lebih dulu ke Masjid pada hari Jumaat

Di Masjid awal pagi tadi saya bertemu seorang anak muda yang mempunyai tabiat yang boleh dicontohi. Mari tonton perbualan spontan bersama Muhaimin, berusia 11 tahun.

(Ralat: Saya terpanggil dia adik, walhal saya dah pangkat pakcik )

Join the conversation in my Facebook page:

Di Masjid awal pagi tadi saya bertemu seorang anak muda yang mempunyai tabiat yang boleh dicontohi. Mari tonton...

Posted by Sujimy Mohamad on Thursday, 19 November 2015


Kejayaan sebenar

Kereta besar, jawatan besar, akaun bank besar

Ini bukan kejayaan besar yang sebenar

 

Kejayaan ada di depan mata

Buat ibu bapa gembira

Pasangan dan anak-anak dilayan mesra

 

Boleh mencari kekayaan tetapi kejayaan tidak terletak pada jumlah harta

 

Jika anda gembira

Dengan orang yang anda cinta

Dan mereka gembira

Bersama anda sentiasa

Itulah antara kejayaan di dunia

Yang bisa membawa kita ke syurga

 

image.jpg

Wedding

In this video I get to explain to my little one briefly about Malay weddings. In the process, I learnt something new about my daughter especially why she is nervous around people.

 

Making friends

My daughter asked me how to make friends. I suggested something simple. :) 

Meeting Uchicook's Founder

My wife stumbled on Uchicook a year ago and fell in love with what it can do. A year later she meets Uchicook's Founder! This is the vlog of the meeting.

#Alhamdulillah

You can visit Haslinda's mall here: www.haslindaalifitfab.com

Jalan yang dilalui seorang peniaga

 

1. Ramai yang mulanya tidak percaya dia boleh berjaya. 

2. Adakalanya dimarah & dihina pelanggan berbisa. 

3. Tiada gaji, tiada MC bila baru-baru mulai. Malah MC sampai hari ini belum pakai lagi. 

4. Niaga berkembang, ramai yang datang, hati senang. 

5. Diuji dengan wang, pass atau fail, dilalui dengan tenang. 

Tak perlu bangga bila berniaga

Tak perlu iri bila tak jadi 

Tak perlu layu bila keadaan membuntu

Minta selalu kepada Yang Satu

#stayfocus #inshaaAllah